Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

12 September 2015

Day #11 Your Favorite: 10 Songs Right Now

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak lagu yang aku minat, tapi buat masa ni, aku hanya mampu listkan beberapa lagu. Mana nak ingat semua. Kebanyakkan lagu ni adalah berkaitan dengan kehidupan aku dan setiap lagu tu ada ceritanya sendiri.

Without further ado, berikut adalah 10 lagu yang aku dapat listkan sebagai feveret aku setakat ini.

1. Are Re Are - Dil To Pagal Hai

Lagu ni lagu bollywood. Haha
part bestnya masa mula2 lagu ni, ada part "whistling" yg sebenarnya boleh dimainkan menggunakan flute.

salah satu part lirik ni yang aku suka iaitu( dengan english translation )

Arre re arre ye kya hua maine na ye jaana 
Oh My Oh My, I don't know how this happened
Arre re arre ban jaaye na kahin koi afsaana 
Oh My Oh My, I don't know want it to become a love story
Arre re arre kuchh ho gaya koi na pehchaana 
Oh My Oh My, Something happened that no one recognizes
Arre re arre banta hai to ban jaaye afsaana 
Oh My Oh My, if it is becoming, let it become a love story

ada maksud dalam lagu ni, menceritakan penyanyi tu baru perasan rasa yg dia alami selama ini adalah perasaan cinta. chewah!!



2. Syura - Nazam Berkasih

Lagu ni menceritakan seorang wanita yang menyintai seorang lelaki. Lagu ni aku selalu dengar masa nak pergi praktikal. Memang layan.

Aku suka part dalam lagu ni iaitu:


Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana sedang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu


orang bercinta, bila dah rindu, memang selalu nak jumpa, tapi bila dah jumpa, segan pula nak bercakap.



3. Modern Talking - No Face, No Name, No Number

Yang ni aku tak tau sebab apa aku suka, mungkin sebab lagu dia macam ala2 Sepanyol dan muzik yang rancak.



4. P Ramlee - Bulan dan Angin

Lagu dari filem Panggilan Pulau, tahun 1954. ( klasik kot )
Aku suka lagu ni sebab senang nak nyanyi sambil tengok bulan. Terbayang orang yang kita rindu.
Pergh!! Tangkap jiwang baq hang. Lagi-lagi part ni :

Bulan dan juga angin
Dikau jadi saksi
Bawalah pesanku ini
Kepada dia yang kucintai

p/s: maaf, audio tidak begitu baik, kalau nak HD version, boleh jumpa aku, biar aku yang nyanyi. hehe



5. Bon Bon Blanco - Bon Voyage (One Piece Opening song)

Lagu opening ke-4 daripada anime One Piece tidak menghampakan. Lagu ni la bagi aku mood nak layan One Piece dari episode 1. hehehe.


lagu yang aku attach ni, tak habis, boleh cari sendiri full version kat yutiub. haha


to be continue..

11 May 2015

Day #10 Share: Old photo(s) of yourself

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini hari aku mahu share satu je gambar paling lama yang aku ada dalam cakera simpanan komputer riba.

*dem ayat baku.


Dalam gambar ni, ada aku(botak) sedang memeluk Haziq(botak jugak).
Haziq ni sepupu aku, anak Ayah Chik keluarga sebelah mak.
Gambar ini diambil pada tahun 2005 sewaktu aku tingkatan 1.

So, macam mana?
ada beza tak dengan muka aku sekarang? nampak macam awet muda kan?


dem

08 May 2015

Continue

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini dah 8 May 2014.
Aku perlu teruskan blog challenge aku.
hurmm

16 March 2015

Day #9 What's in your office desk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang ada kat meja office aku?

Sebelum tu, aku nak beritahu, sekarang ni aku tak kerja. meja office pun tak ada.
office lagi la tak ada..
hahahaha

dem

13 March 2015

Day #8 Tell me : Currently reading anything?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat masa ni aku tak ada baca apa-apa buku.
Ya. Tak baca pun.

Sebab aku sekarang tengah baca coding yang penulisannya macam baca manuskrip lama.

haha

Day #7 Memories : What's your earliest one?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memori paling awal yang pernah aku ingat ialah memori bersama kawan tadika aku.
Nama kawan aku ni Fakhruddin (ejaan tidak pasti) atau patut aku letakkan perkataan arwah dihadapan namanya...

Ok,
Aku mulakan dengan latar belakang Fakhruddin:(daripada apa yang aku ingat)


  • umur dia setahun lebih tua daripada aku. (born 1991)
  • dia ada adik perempuan sebaya aku nama Fatimah. Kami selalu panggil adik dia Timoh.
  • Rumah dia tepi kubur bertentangan dengan rumah arwah nenek aku di Kampung Tualang Manir.
  • Kami sama-sama belajar di Tadika Manir.
  • dan satu lagi istimewa pasal Fakhruddin ni, dia seorang yang gagap. Tapi aku tak pernah anggap keistimewaan dia sebagai penghalang persahabatan kami.


Setiap petang (pukul 2 PM), selepas habis waktu belajar di Tadika, dia akan datang ke rumah arwah nenek aku untuk main bersama-sama aku dan adik aku.

Macam-macam kami main dulu, nama permainan tu pun aku dah lupa :
-ta duduk
-ta nusuk
-ta buaya
-ta polis
sebab apa ada ta kat depan nama permainan tu pun aku tak tahu. hahaha

nak dijadikan cerita, suatu hari selepas habis waktu tadika,
ayah aku datang awal ke rumah arwah nenekku untuk menjemput aku dan adikku pulang ke rumah.
kebiasaanya ayah akan jemput pukul 4 atau 5 petang, tapi hari itu awal pula.
jadi aku pun resah, sebagai budak kecil yang tak dapat bermain bersama sahabatnya setiap hari, memang aku resah. Mana Fakhruddin? aku nak beritahu dia yang aku balik awal sebab ayah aku dah sampai.

pada zaman itu, telefon bimbit belum lagi popular di Malaysia (1997) dan aku pun masih buta IT. jadi aku tinggalkan pesan kepada arwah Nenek tersayang.

keesokkan harinya, aku mendapat berita Fakhruddin telah tiada. Dia dilanggar lari sewaktu hendak melintas jalan ke rumah Nenekku untuk berjumpa dengan aku.
Dia meninggal di tempat kejadian.
Aku pada waktu itu, masih kecil hanya mampu menangis.



Sejak dari itu, aku terputus hubungan dengan keluarga arwah Fakhruddin. Dengar cerita si Fatimah ni makin cun. Tapi aku segan nak jumpa dia. Masing-masing sudah besar. Ada haluan hidup masing-masing.

tapi

Fakhruddin. Kau tetap dalam memori aku...
Al-fatihah