Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

13 March 2015

Day #7 Memories : What's your earliest one?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memori paling awal yang pernah aku ingat ialah memori bersama kawan tadika aku.
Nama kawan aku ni Fakhruddin (ejaan tidak pasti) atau patut aku letakkan perkataan arwah dihadapan namanya...

Ok,
Aku mulakan dengan latar belakang Fakhruddin:(daripada apa yang aku ingat)


  • umur dia setahun lebih tua daripada aku. (born 1991)
  • dia ada adik perempuan sebaya aku nama Fatimah. Kami selalu panggil adik dia Timoh.
  • Rumah dia tepi kubur bertentangan dengan rumah arwah nenek aku di Kampung Tualang Manir.
  • Kami sama-sama belajar di Tadika Manir.
  • dan satu lagi istimewa pasal Fakhruddin ni, dia seorang yang gagap. Tapi aku tak pernah anggap keistimewaan dia sebagai penghalang persahabatan kami.


Setiap petang (pukul 2 PM), selepas habis waktu belajar di Tadika, dia akan datang ke rumah arwah nenek aku untuk main bersama-sama aku dan adik aku.

Macam-macam kami main dulu, nama permainan tu pun aku dah lupa :
-ta duduk
-ta nusuk
-ta buaya
-ta polis
sebab apa ada ta kat depan nama permainan tu pun aku tak tahu. hahaha

nak dijadikan cerita, suatu hari selepas habis waktu tadika,
ayah aku datang awal ke rumah arwah nenekku untuk menjemput aku dan adikku pulang ke rumah.
kebiasaanya ayah akan jemput pukul 4 atau 5 petang, tapi hari itu awal pula.
jadi aku pun resah, sebagai budak kecil yang tak dapat bermain bersama sahabatnya setiap hari, memang aku resah. Mana Fakhruddin? aku nak beritahu dia yang aku balik awal sebab ayah aku dah sampai.

pada zaman itu, telefon bimbit belum lagi popular di Malaysia (1997) dan aku pun masih buta IT. jadi aku tinggalkan pesan kepada arwah Nenek tersayang.

keesokkan harinya, aku mendapat berita Fakhruddin telah tiada. Dia dilanggar lari sewaktu hendak melintas jalan ke rumah Nenekku untuk berjumpa dengan aku.
Dia meninggal di tempat kejadian.
Aku pada waktu itu, masih kecil hanya mampu menangis.



Sejak dari itu, aku terputus hubungan dengan keluarga arwah Fakhruddin. Dengar cerita si Fatimah ni makin cun. Tapi aku segan nak jumpa dia. Masing-masing sudah besar. Ada haluan hidup masing-masing.

tapi

Fakhruddin. Kau tetap dalam memori aku...
Al-fatihah

3 comments:

  1. Replies
    1. hai fatin. How do u find my blog?
      Terkejut ada orang komen. Bila folo blog aku? baru perasan kot.
      dem

      Delete
    2. papepun. terima kasih kerana sudi singgah kat blog aku yang x seberapa ni :)

      Delete