Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa yang ada kat meja office aku?
Sebelum tu, aku nak beritahu, sekarang ni aku tak kerja. meja office pun tak ada.
office lagi la tak ada..
hahahaha
dem
Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...
go instead where there is no path
and leave a trail...
16 March 2015
13 March 2015
Day #8 Tell me : Currently reading anything?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat masa ni aku tak ada baca apa-apa buku.
Ya. Tak baca pun.
Sebab aku sekarang tengah baca coding yang penulisannya macam baca manuskrip lama.
haha

Day #7 Memories : What's your earliest one?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Memori paling awal yang pernah aku ingat ialah memori bersama kawan tadika aku.
Nama kawan aku ni Fakhruddin (ejaan tidak pasti) atau patut aku letakkan perkataan arwah dihadapan namanya...
Ok,
Aku mulakan dengan latar belakang Fakhruddin:(daripada apa yang aku ingat)
Setiap petang (pukul 2 PM), selepas habis waktu belajar di Tadika, dia akan datang ke rumah arwah nenek aku untuk main bersama-sama aku dan adik aku.
Macam-macam kami main dulu, nama permainan tu pun aku dah lupa :
-ta duduk
-ta nusuk
-ta buaya
-ta polis
sebab apa ada ta kat depan nama permainan tu pun aku tak tahu. hahaha
nak dijadikan cerita, suatu hari selepas habis waktu tadika,
ayah aku datang awal ke rumah arwah nenekku untuk menjemput aku dan adikku pulang ke rumah.
kebiasaanya ayah akan jemput pukul 4 atau 5 petang, tapi hari itu awal pula.
jadi aku pun resah, sebagai budak kecil yang tak dapat bermain bersama sahabatnya setiap hari, memang aku resah. Mana Fakhruddin? aku nak beritahu dia yang aku balik awal sebab ayah aku dah sampai.
pada zaman itu, telefon bimbit belum lagi popular di Malaysia (1997) dan aku pun masih buta IT. jadi aku tinggalkan pesan kepada arwah Nenek tersayang.
keesokkan harinya, aku mendapat berita Fakhruddin telah tiada. Dia dilanggar lari sewaktu hendak melintas jalan ke rumah Nenekku untuk berjumpa dengan aku.
Dia meninggal di tempat kejadian.
Aku pada waktu itu, masih kecil hanya mampu menangis.
Sejak dari itu, aku terputus hubungan dengan keluarga arwah Fakhruddin. Dengar cerita si Fatimah ni makin cun. Tapi aku segan nak jumpa dia. Masing-masing sudah besar. Ada haluan hidup masing-masing.
tapi
Fakhruddin. Kau tetap dalam memori aku...
Al-fatihah

- umur dia setahun lebih tua daripada aku. (born 1991)
- dia ada adik perempuan sebaya aku nama Fatimah. Kami selalu panggil adik dia Timoh.
- Rumah dia tepi kubur bertentangan dengan rumah arwah nenek aku di Kampung Tualang Manir.
- Kami sama-sama belajar di Tadika Manir.
- dan satu lagi istimewa pasal Fakhruddin ni, dia seorang yang gagap. Tapi aku tak pernah anggap keistimewaan dia sebagai penghalang persahabatan kami.
Setiap petang (pukul 2 PM), selepas habis waktu belajar di Tadika, dia akan datang ke rumah arwah nenek aku untuk main bersama-sama aku dan adik aku.
Macam-macam kami main dulu, nama permainan tu pun aku dah lupa :
-ta duduk
-ta nusuk
-ta buaya
-ta polis
sebab apa ada ta kat depan nama permainan tu pun aku tak tahu. hahaha
nak dijadikan cerita, suatu hari selepas habis waktu tadika,
ayah aku datang awal ke rumah arwah nenekku untuk menjemput aku dan adikku pulang ke rumah.
kebiasaanya ayah akan jemput pukul 4 atau 5 petang, tapi hari itu awal pula.
jadi aku pun resah, sebagai budak kecil yang tak dapat bermain bersama sahabatnya setiap hari, memang aku resah. Mana Fakhruddin? aku nak beritahu dia yang aku balik awal sebab ayah aku dah sampai.
pada zaman itu, telefon bimbit belum lagi popular di Malaysia (1997) dan aku pun masih buta IT. jadi aku tinggalkan pesan kepada arwah Nenek tersayang.
keesokkan harinya, aku mendapat berita Fakhruddin telah tiada. Dia dilanggar lari sewaktu hendak melintas jalan ke rumah Nenekku untuk berjumpa dengan aku.
Dia meninggal di tempat kejadian.
Aku pada waktu itu, masih kecil hanya mampu menangis.
Sejak dari itu, aku terputus hubungan dengan keluarga arwah Fakhruddin. Dengar cerita si Fatimah ni makin cun. Tapi aku segan nak jumpa dia. Masing-masing sudah besar. Ada haluan hidup masing-masing.
tapi
Fakhruddin. Kau tetap dalam memori aku...
Al-fatihah
Subscribe to:
Comments (Atom)