Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

13 July 2011

Metafora

Ada satu situasi masa aku kecik-kecik dulu :

- Seorang pelajar, Z melakukan kesalahan disiplin (hisap rokok) sedangkan dalam peraturan sekolah, menghisap rokok adalah kesalahan. Jadi, apabila Z ditangkap menghisap rokok oleh cikgu, Z mula membenci cikgu dan peraturan sekolah. Pada dasarnya, peraturan itu telah termaktub sebelum dia melakukan kesalahan menghisap rokok.....


-so, fikirk-fikirlah sendiri ye...
berani buat, berani tanggung. Jangan nak salahkan orang lain pulak

Aku Penjajah Profesional !?

Setelah pemergian adik ke Intec dan kakak di KL, aku kini menjadi anak tunggal dalam family.
Jadi bilik adik Yana telah dijajah oleh abang Rudy yang tersayang... Barang dalam bilik tu tak kacau, cuma meja je yang dikehendaki oleh abangmu ini kerana bilik abang takder meja... huhu

Ayah Sakit

10 Julai 2011

Macam suatu perasaan sedih menyelinap dalam jiwa aku.

Aku nak start macam mana ni??

2 Julai 2011, tak tau kenapa hari ni mata ayah sakit. Ada bengkak sedikit kat bawah mata kanan ayah. Hari ni jugak kami sekeluarga ( tidak termasuk kakak sebab akak dah duk kat KL ) hantar adik ke INTEC. Mak cakap kat ayah, kalau ayah letih mak bley ganti drive ke sana (Shah Alam). Tapi ayah tetap berdegil nak drive pergi ngan balik.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari ni time makan, ayah cakap kat mak yang ayah buat medical check-up..
Apa resultnya??
Kerosakkan saraf mata. Masa ayah cakap macam tu, mata mak dah berair tapi mak tahan jugak... mak tanya "ada ubat tak?"
ayah cakap takde. Cuma doktor bagi ubat tahan sakit je. Doktor tu cakap kena buat operation dalam RM3800++. RM 3800 tu termasuklah dari start operation hingga betul2 sembuh.

Pada malam tu, aku fikir beratnya tanggungjawab aku sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga. Start dari hari ayah bagitau dia sakit tu, aku rasa lebih selesa duk dalam bilik sorang2 sebab kalau aku tengok ayah, aku macam nak nangis. Kenapa penyakit ni serang ayah? Dari saat tu jugak la, ayah start tampal 'P' kat Triton dia. Tampal 'L' kat Kawasaki KLX 150s. Ayah bagitau mak yang dia akan buat operation selepas semua kerja kat sekolah dia dah selesai, selepas aku dah boleh bawak Triton dia.....

so, aku rasa masalah dan pengalaman menyebabkan seseorang tu lebih matang dan serious kan?

Akak aku ada tulis kat wall aku,
"abg, nanti belajar la bawa triton.. ayah bg tau akak dia nk letak P kat triton.. he relies on you, bro... mum & me too :'( "

aku tak 'like' pun komen tu, jauh skali nak reply.... kau x tau keadaan kat rumah ni kak...

UUM?

25 Jun 2011

Aku tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni ayah asyik tanya "abang mintak tak UUM?"
UUM? aku tak mintak la.
kenapa ayah tanya aku macam tu...?
Aku mintak universiti selain Universiti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sebab 3 negeri tu aku dah biasa dah. Orang cakap "jauh perjalanan, luas permandangan..."

Puasa Nazar...

10 Jun 2011

Nak tak nak aku kena puasa nazar hari ni dan esok sebab aku dah bernazar nak puasa 2 hari berturut-turut kalau lulus test JPJ ni...

Bungkusan Dari Myra

09 Jun 2011


Kisah ni mengenai sahabatku Myra Lynette yang menghantar satu surat. Myra Lynette ni merupakan classmate aku masa kat KMK...

Post ini lebih mudah dibuat dalam bentuk kronologi =)

28 Mei 2011 :

Myra mintak alamat penuh rumah saya. Kenapa? 1 je andaian dalam kepala hotak aku ==>> xtau. hahaha

31 Mei 2011 :

Myra send mesej kat aku tanya nama penuh aku... Mengikut pengalaman aku, apabila ada orang minta nama penuh kita, kita jangan bagi. Seseorang boleh sihir kita dengan hanya mengetahui nama kita. Aku ada buat salah ke kat Myra ni, sampai dia berdendam ngan aku... (otak aku fikir camtu) hahaha
Tapi dia dah tau nama aku, cuma nak confirm nama aku betul x...

3 Jun 2011 :

Aku dapat SMS dari Myra, dia tulis
-Jgn t'kjut lau dpt surat nti
tapi orang yang mula2 baca mesej ni ialah mak aku!! ( ha! Ini sudah parah! )
================================================================================

ok. jalan cerita dah berubah. Aku dah tak boleh mengacau adik aku, menyakat mak aku sebab mereka menggunakan ayat ni
"...kesian kat myra dapat boyfriend yang suka menyakat orang..."
"...abang, bila surat menantu mak nak sampai ni.."
dan byk lagi la... aku tak kisah kalau mak sebut menantu, tapi kenapa perkataan menantu tu merujuk kepada Myra. Kenapa Myra? sebab dia antar surat kat aku ke?
Aku dah puas terangkan kat adik, akak dan mak aku yang Myra tu cuma kawan biasa je. Betul... biasa je.
Mak aku memang macam tu. Kalau dia tau ada surat untuk aku, dia la yang akan baca dulu (untuk tujuan penapisan... hahaha)
so dalam beberapa hari ni aku jadi harimau yang hilang taring. Mak aku pulak yang menyakat aku.. huhuhu malangnya nasib aku ni..

===================================================================================
9 Jun 2011 :
Hari ni aku lulus test JPJ dan hari ni jugak la surat tu sampai kat rumah aku.(macam hadiah sebab lulus JPJ je...)
Masa mak bagi kat aku, sampul surat tu dah terbuka, mak dah 'filter' surat tu... haha
takder surat?
Apa kat dalam???

jeng jeng


Cover HP nokia X-3 warna hitam ( 4 ur in4mation, aku suka kaler hitam )
so, aku tanya la Myra sebab apa bagi aku cover ni, buat susah-susah je... (dalam hati suka )
Myra cakap dia saje je beli sebab HP kita sama... so, kepada yang mengenali Myra Lynette... gunalah HP nokia X-3 confirm Myra akan beli cover kat korang jugak!! hahaha jangan marah ye Myra...

Anyway, aku tak ucap lagi tenkiu kat Myra sebab bg cover tu... Aku nak ucap bila aku post kat dia 'sesuatu' nanti...

Aku, JPJ dan Driving Test....

09 Jun 2011

Ehem2... Sekarang aku nak umumkan yang aku dah lulus driving test untuk kereta. Lepas ni aku nak letak 'P' kat kereta kebal aku... *mesti hebat* hahaha

Aku rasa dalam dunia ni, hanya tinggal sikit je populasi spesis cam aku ni. Ye la, setelah 3 kali kandas(failed) baru lulus.. Meh aku ceritakan secara kronologi...

Test pertama:
Time ni jiwa berkobar2.... manakan tidak, cikgu aku cakap aku ni memang dah pandai bawak kereta, tunggu exam je.. Tapi cerita hidupku tidak mengikut skrip yang aku tetapkan.... Masa test tu dalam bahagian II ( naik bukit, parking, jalan mati )
aku melakukan kesilapan yang tak pernah aku lakukan time belajar dulu, (aku langgar tiang parking) = failed...
Bahagian III (atas jalan raya)... haaa yang ni aku tak tau kenapa, abang JPJ tu tak bagi aku lulus, biasanya kalau orang tu kandas, pegawai JPJ suh berhenti tepi jalan dan pegawai tu plak akan drive balik ke tempat bermula tadi. Berlainan ngan aku, aku elok je bawak kereta tu, tapi tetap tak lulus. Time tu aku dah give up dah. Dalam hati aku - alang2 kandas biar kandas dua-dua bahagian.....

Test kedua :
Aku telah jatuh namun bangkit kembali... cewahh!
Kali ni aku tekad nak lulus... Bahagian II bermula... semua okey tapi bila masuk part jalan mati, hanya tiga olahgerak ye... tapi entah camne bila dah nk keluar dari tempat test tu, kereta aku stop tetibe je. Abang JPJ cakap aku telah melakukan 4 olahgerak.. so bahagian II bye2
Tapi aku lulus bahagian III... Abang JPJ tu sporting.. di siap suh aku bawak laju sket.. hahaha
Ini bermakna, aku perlu amik ulangan bahagian II je lepas ni...

Test Ketiga :
Masa semakin suntuk sebab aku kena daftar kat Matrik Kedah (KMK). So, cikgu aku suruh aku amik test kat Besut (jauh sikit la...). Aku ingat lagi time test yang ke-3 ni hari Sabtu (8 Mei 2010). Lulus x? .....
Rudy, tahniah anda kandas!! hahaha Kandas kat mana?
Masa first skali (seat kereta x panas lg tau...), time naik bukit. Aku dah nak turun, aku silap mengangkat clutch terlalu tinggi, so kereta tu mamposs dan turun ke bawah... Abang JPJ cakap aku dah turun melebihi separuh pusingan tayar..

Test Keempat :
Abis matriks (lama tu bro....), cikgu aku cakap yang aku kena amik dua-dua bahagian balik sebab dah lebih satu tahun. Maknanya bahagian III yang aku lulus sebelum ni 'burn' macam tu je... huhuhu.. nak dipendekkan cerita. Time abang JPJ briefing sebelum start test dia ada cakap "saya tau ada yang x lena tido malam sebab berdebar nak amik test hari ni.."
Aku rasa cam dia cakap kat aku je....
Pastu abang JPJ tu tengok aku dia cakap
"saya tau antara kamu semua ni ada yang amik test 2-3 kali dah, so buat betul-betul kali ni..."
hahaha satu lagi serangan dari abang JPJ menusuk hati ini...
at the END, aku lulus... tu je la

..::Happy ending kan? ::..