Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

13 July 2011

Ayah Sakit

10 Julai 2011

Macam suatu perasaan sedih menyelinap dalam jiwa aku.

Aku nak start macam mana ni??

2 Julai 2011, tak tau kenapa hari ni mata ayah sakit. Ada bengkak sedikit kat bawah mata kanan ayah. Hari ni jugak kami sekeluarga ( tidak termasuk kakak sebab akak dah duk kat KL ) hantar adik ke INTEC. Mak cakap kat ayah, kalau ayah letih mak bley ganti drive ke sana (Shah Alam). Tapi ayah tetap berdegil nak drive pergi ngan balik.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari ni time makan, ayah cakap kat mak yang ayah buat medical check-up..
Apa resultnya??
Kerosakkan saraf mata. Masa ayah cakap macam tu, mata mak dah berair tapi mak tahan jugak... mak tanya "ada ubat tak?"
ayah cakap takde. Cuma doktor bagi ubat tahan sakit je. Doktor tu cakap kena buat operation dalam RM3800++. RM 3800 tu termasuklah dari start operation hingga betul2 sembuh.

Pada malam tu, aku fikir beratnya tanggungjawab aku sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga. Start dari hari ayah bagitau dia sakit tu, aku rasa lebih selesa duk dalam bilik sorang2 sebab kalau aku tengok ayah, aku macam nak nangis. Kenapa penyakit ni serang ayah? Dari saat tu jugak la, ayah start tampal 'P' kat Triton dia. Tampal 'L' kat Kawasaki KLX 150s. Ayah bagitau mak yang dia akan buat operation selepas semua kerja kat sekolah dia dah selesai, selepas aku dah boleh bawak Triton dia.....

so, aku rasa masalah dan pengalaman menyebabkan seseorang tu lebih matang dan serious kan?

Akak aku ada tulis kat wall aku,
"abg, nanti belajar la bawa triton.. ayah bg tau akak dia nk letak P kat triton.. he relies on you, bro... mum & me too :'( "

aku tak 'like' pun komen tu, jauh skali nak reply.... kau x tau keadaan kat rumah ni kak...

No comments:

Post a Comment