ada surat, ada surat , ada surat~
Tulis surat plak dah.
Dah la aku ni dapat BM gred E, SPM hari tu ---->Fiksyen semata2
ok2..
baca betul2 surat yang aku nak tulis ni.
pastu korang bagi markah.
___________________________________________________________________
Kehadapan saudari yang dikasihi,
Apa khabar, saudari? Saya doakan saudari sentiasa sihat dan ceria dengan keluarga dan rakan-rakan. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meluahkan rasa kesal saya terhadap saudari atas perlakuan saudari sebelum ini.
Mungkin saudari tidak perasan apa yang saudari lakukan terhadap saya. Namun ingin saya tegaskan bahawa tindakan saudari ini merupakan satu jenayah yang tidak dapat dimaafkan. Saya bukanlah seorang yang kejam, memberi hukuman yang melampau kepada saudari. Saya cuma mintak satu perkara je dari saudari,
"Pulangkan HATI aku yang ko curi!! Aku dah nak mampos ni!! Ko ingat manusia boleh hidup ke kalau tak ada HATI?"
Itu saja permintaan saya, dan diharapkan agar saudari dapat pulangkannya dalam kadar yang segera.
Ikhlas dari Saya.....
____________________________________________________________________amacam surat ni? ok tak?
wasalam
spe yg amik hati rudy 2????
ReplyDelete