Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

30 September 2013

Tok Ki dan Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kepulangan ke rumah pada waktu cuti hari tu dipenuhi dengan cerita-cerita nostalgia daripada mak.
terlalu banyak cerita. sehingga malas jari jemari menulisnya kembali

mungkin cerita ini sesuai untuk aku kongsikan.

cerita ni mula diluahkan apabila aku bertanya kat mak,
"antara tok ki(atuk) dengan tok(nenek) mana satu mak lebih rapat(hubungan yang lebih rapat)"
soalan tu wujud selepas mak kata kat aku, yang aku tak rapat dengan ayah. hahaha

so, mak jawab la
"dua-dua mak baik, tapi lebih rapat dengan tok ki sebab tok ki baik, selalu bagi duit lebih"

dulu masa mak sekolah menengah,
depan sekolah mak ada kerja-kerja membaiki jalan oleh JKR,
untuk pengetahuan semua. tok ki dulu kerja JKR.

waktu tu masa rehat
mak ternampak jauh nun di hadapan sekolah,
tok ki tengah buat kerja
mak pun berjalan ke arah tok ki.
soalan pertama tok ki kat mak
"maimun, kau tak malu ke kalau orang tengok ayah kau kerja macam ni?"
masa mak cerita kat aku tu macam berat sikit, sebak mungkin
pastu mak jawab, "sebab apa nak malu, ayah kita sendiri kan, bukan orang lain"

haaa... nampak tak, seorang ayah cukup menjaga imej dia agar anak-anak mereka tidak dipandang rendah.
tapi zaman sekarang, anak-anak pulak tolong mencemar nama baik keluarga.

tu je kot.
wasalam

No comments:

Post a Comment