Do not go where the path may lead,
go instead where there is no path
and leave a trail...

28 November 2011

Day 18 - 5 Things That Irritate Me about Opposite/Same Sex

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya,
aku nak bagitau yang aku keliru
ngan kehendak challenge ni
dia nak suh kita nyatakan
5 perkara yang menyakitkan hati tentang
perempuan ATAU lelaki
atau aku kena bagitau semuanya??

bak kata lecturer aku time kat matrik dulu
kita tanya je MR Google.

hasilnya...
hoho
ramainya orang buat challenge ni kat blog diorang.
keseluruhannya menyatakan opposite sex.

aku?
mestilah nyatakan semua. No bias!! (=_=)!!
mana tau kot2 dapat markah bonus! hahaha

5 PERKARA YANG AKU TAK SUKA TENTANG LELAKI
1-Panas Baran
2-Bau busuk (>,<)
3-Penampilan tak kemas
4-Perokok
5-Tak serius

5 PERKARA YANG AKU TAK SUKA TENTANG PEREMPUAN
1-Terlalu memilih
2-suka Mengumpat
3-Gedik yang melampau-lampau (auwwww)
4-Hipokrit
5-Perempuan yang pakai baju seksi seksa. hihihi

wasalam

Day 17 - My Hope About How My Future Would Be

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang aku harapkan
tentang masa depan aku cukup simple.(simple ke??)

Membina keluarga bahagia.
membalas jasa dan pengorbanan ibu bapaku.
mendapat kerja yang sesuai dengan minatku.

simple kan?
Tapi disebalik simple2 ni.
tersembunyi tanggungjawab yang besar
perlu aku pikul. (ayat matang!! haha)

wasalam.

Day 16 - Short Term Goal for This Month

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Short term goal aku untuk bulan ni memang banyak.
tapi aku tak tahu sama ada aku dapat capai target atau tak.

short term goal aku yang

pertama, aku nak siapkan semua assignment sebelum 3/12/2011
kedua, aku nak post hadiah birthday kat seseorang~ (jangan tanya....)
ketiga, mahu bertanding dalam pertandingan Roborace.
keempat, melatih 2 orang sahabat aku supaya mahir C++.
kelima, membeli MP3 player yang baru (Insya Allah kalau ada bajet lebih)
keenam, membeli perfume baru. haha

cukup dah tu.
nak buat banyak2 kang tak tercapai lak short term goal aku
bak kata pepatah,
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

wasalam

Day 15 - Something I Don't Leave The House Without

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesuatu yang aku takkan tinggalkan jika kuar rumah.
sebenarnya banyak. haha

Dipendekkan cerita,
aku dah buat senarai perkara yang penting sebelum aku kuar rumah.

1. Dompet. memang penting dompet ni.
Dalamnya ada of course $$$
bukan $, bukan $$, tapi $$$ ---> apa yang aku mengarut ni?
selain itu, dalam dompet MyKad, driving license dan tak kurang penting.
gambar si Dia. hehehe

2. Jam tangan.
jam aku ni automatik.
dia tak guna bateri.
jadi kalau tak pakai,
lama2 dia akan stop.

3. Perfume.
memang satu kemestian
hatta aku nak turun bawah kolej kediaman nak topup
aku mesti pakai perfume. haha

setakat ni je la Jah.
abang tak boleh citer lebih
silap2 bley masuk paper.
dah la masuk paper, muka depan plak tu!
hahaha

wasalam

Day 14 - A TV Show I'm Currently Addicted To

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sori la untuk challenge kali ni.
Saya nak mengaku
saya dah lama tak tengok show kat TV.
hahaha

tu je. boleh kan? hahaha

Day 13 - A Picture of My Favourite Band or Artis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila sebut artis kegemaran
of course la aku pilih yang ni



masa tahun 2001,
boy band dari Barat cam Backstreet Boys, N'sync
mmg femes la time ni.
Masa tu memang jadi kegilaan remaja la
termasuklah kakak aku. haha

time tu akak aku form 1,
ntah cmne, dia boleh suggest kat mak aku
beli kaset Westlife - Coast to Coast
Lagu yang paling best dalam kaset tu
bertajuk 'My Love'

sampai kat sini la dulu. nak citer panjang2 kang, berat plak blog aku. (btul ke? hehe)

Day 12 - My Current Relationship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk ni macam hot je
Mula-mula aku fikir jugak,
aku ada relationship ke ngan someone..?

mula-mula nak tulis hubungan aku sekarang ni
'it's complicated'
tapi bila fikir balik.
aku ni sebenarnya SINGLE. haha

Macam mana rasanya jadi single?

1 - aku rasa jealous ngan orang yang ade BF/GF sebab kalau pape, ada je tempat mengadu masalah
2 - aku rasa happy go lucky. Memang la, nak buat pape, takde la BF/GF nak halang.
3 - duit aku mengalir dengan agak perlahan. Ya, memang betul! Kalau dak yang ada BF/GF ni, duit diorang banyak habis ngan belanja BF/GF, duit top-up agi, duit ntuk hadiah bila pegi date... dan banyak lagi la...

3 je alasan yang nyata kalau korang single.
kalau nak citer full, memang macam paperwork orang buat sarjana le. hehe

wasalam

Day 11 - A Picture of Your Favourite Memory

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gambar yang menggamit memori
bagi aku,
aku rasa la
mungin gambar ni kot~

gambar ni adalah gambar meja studi aku kat KMK
banyak kenangan aku kat meja ni
antaranya :

1 - Meja ni la yang teman aku buat tutorial dan report sampai tak tido malam. haha
2 - Kat tepi meja tu aku tampal note "It's another GREAT day for a GREAT man". aku selalu baca note tu kuat-kuat bila aku rasa down.
3 - Kat depan meja tu ada note " If you give me a fish, I can eat for a day. If you teach me how to fish, I can eat for a lifetime." ayat ni la yang memotivasikan aku untuk minat subjek math. masa semester 1 kat matrik dslu, aku selalu tiru tutorial orang lain.. hasilnya result pun result tiru gak. haha. so bila masuk semester 2, aku pun ubah cara belajar dan Alhamdulillah, result math aku meningkat ---> math je tau! haha
4 - Atas meja ni biasanya aku letak banyak buku. sampai bertimbun. Bila aku nak tulis atas meja, aku letak semua buku tu atas katil. haha
5 - Atas meja tu jugak, aku letak perfume. so, bila ada orang masuk bilik aku. konpem mereka akan ke meja aku nak hidu bau perfume tu.

mungkin ni je la yang dapat aku coretkan.
wasalam

Day 10 - A Photo of Your Favourite Place to Eat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aiya~
foto lagi ma...
(camtu la dak chinese class aku cakap... hahaha)

aku ni kuat makan
Bagi je apa pun
semua aku sapu.. hehehe
asalkan halal dan bersih

Kalau kat Terengganu
banyak gak tempat yang aku suka.
Tapi sekarang aku duk kat Melaka.
jadi tempat makan kegemaran yang aku pilih ialah

Restoran Sajian Utama (RSU)
apa yang best tentang RSU ni?
restoran dia sebenarnya sama je ngan kedai mamak yang lain.
Bila aku order makanan,
makanan akan siap kurang dari 5 minit.
sangat-sangat cepat!
hehe.

Tu je kot. Tak nak ulas banyak tentang RSU ni.
nanti orang cakap blog aku ni tempat promote lak
hihihi

24 November 2011

Day 9 - A Photo of The Item I Last Purchased

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak dipendekkan cerita,
(tetiba~, hihihi)

Aku tengah kejar challenge ni...
(kejar challenge??)

apa yang aku mengarut ni?
maksud aku, sekarang ni
aku patut post untuk day 14.
tapi apakan daya, tetiba je maintenance problem kat blog ni.

Gambar kat bawah ni adalah barang yang aku baru je beli.
(sebenarnya bukan la baru, tapi agak baru la)

nak tau apa??

ha!
ni la orang panggil diari.
seperti yang aku beritahu sebelum ni.
diari ni la tempat manusia yang lemah macam aku
tulis isi hati diorang..

itu je kot.
wasalam.

Day 8 - My Dream Wedding

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya,
dapat jugak bukak blog ni .
Tiba - tiba je ada maintenance.
korang dari Blogger ni tak tau ke aku ada 30 days blogging challenge.
cewah!
marah nampak. hahaha

Challenge hari ni...
perkahwinan idaman.
Yes!!! Tajuk challenge camni la yang aku tunggu-tunggu!
hahaha
sapa tak nak kawen kan?

My dream wedding aku mudah je~
tak lah terlalu GRAND dan tak le terlalu simple.
aku nak yang biasa biasa je.

Apa yang aku idam tentang wedding aku nanti adalah :

1. Aku nak melamar si dia jadi isteri aku dengan cara terhormat. Terhormat macam mana tu??
aku akan pergi jumpa parent dia, bertunang dulu and then baru kawen.
Cara yang tak terhormat ni macam pulak macam kawen lari...!? hahaha

2. Melakukan walimatul urus dengan baik kerana tujuan walimatul urus itu sendiri bermaksud
"Kalau ko jumpa budak lelaki gatal gatal pegang tangan perempuan tu, janganlah dipukulnya dak laki tu. sebab tu suami dia" hahaha. Kita buat majlis tu sebab nak bagitau yang pasangan tu dah jadi suami isteri yang SAH.

Tu je yang ada dalam kepala hotak aku sekarang ni..
biasa la tu, aku ni kurang lagi pasal ilmu-ilmu nak berumahtangga.

so, that's all for today!
wasalam.

17 November 2011

Day 7 - The Photo of Animal I'd Like to Keep As Pet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aiya, quest foto agi...!!
Aku lemah betul challenge2 yang mintak pic ni.

Hari ni aku nak singkatkan post aku
sebab sibuk dengan assignment yang menggunung tinggi.
sori ea..

ni haiwan yang aku nak jadikan peliharaan..


biasa-biasa saja dan comel. hikhik

16 November 2011

Day 6 - A Song to Match My Mood

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa mood aku sekarang... ???
tak tau la~
Ya Allah, aku takde rasa pape sekarang.

So, nak cari mood
apa lagi online facebook(fb) la.

Pastu baca kat newsfeed
penuh orang tulis kat wall diorang
frust putus cinta, tension exam,
apa dunia ni dah takde orang hepi ke??
so, mood aku berubah (mood swing) hehe

aku pun ntah camne, turut frust ngan orang tu...
nak mintak maaf kena ada condition jugak ke?
sebenarnya aku tak frust pun.
aku takut dia buat-buat suka kat aku.
ajak aku kapel.
tapi sebenarnya dia nak main-main je.
hati orang kita tak tau.

aku jugak takut kalau aku buat perkara yang gila iaitu mempercayai dia.
ibarat kata omputeh
"Don't say you love me unless you really mean it, cause I might do something crazy like believe you love me"

Secara tuntasnya,
lagu yang sesuai ngan mood aku sekarang ialah


Aku Sakit - Wali.

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

Wordless Wednesday #2

15 November 2011

Day 5 - My Difference From Everyone Else

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ke-5,
Apa punya quest??
Ko tanya aku apa beza aku dari orang lain??
Kalau aku cakap pasal beza aku sendiri nampak macam aku syok sendiri la~

So, ada la hamba Allah ni
Aku panggil dia si M (bukan nama sebenar).
Dia tiba-tiba sms aku, pasal challenge ni
dan dia bagitau perbezaan aku dengan orang lain.

dia cakap aku ni comel! haha
Si M cakap aku ni 'mesra alam'
dan senang nak berkomunikasi.

Betul ke??
aku pun tak tahu dan tak nak tahu! hehehe

Tetapi kalau nak tau siapa kita sebenarnya,
kita mesti tanya musuh kita.
Kalau kita jenis yang baik, takder musuh
meh aku ajar cara nak cari musuh

Lepas ko baca blog ni,
ko cari manusia yang boleh cakap bahasa yang ko faham
pastu ko amik batu paling besar yang boleh ko genggam
baling batu tu sekuat hati kat kepala dia.
and then cakap, "sori sori, saya sengaja tadi... sakit tak?"
bila dia dah marah,
tanya dia apa beza ko dengan orang lain.
senang bukan??

p/s: jangan kaitkan blog aku ngan perbuatan ko. aku takkan bertanggungjawab ngan orang yang jadi mangsa tu. hahaha

14 November 2011

Day 4 - My Favourite Photograph of My Best Friend

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni telah masuk hari ke-4 untuk 30-Days Blog Challenge,
Challenge ke-4 ni suruh aku bagitau
foto kawan baik aku yang paling aku suka.

Susah jugak cabaran ni.
Kenapa?

Sebab aku tak ada bestfriend!!
Macam mana aku nak ada
Masa kat tadika dulu, aku kawan ngan si A.
Masa kat sekolah rendah, bestfriend aku si B.
Duk kat sekolah menengah, orang len pulak.
Kat matrik?
hahaha. Orang len jugak.

So, macam mana ni tuan referee??
tapi kawan baik bukan benda bernyawa.

apa benda tu??
nanti aku tunjuk

mana dia? mana dia?











tu dia! Diary.
Aku mula-mula tulis diary ni sejak 7 Mac 2007. Time tu birthday aku,
Adik aku hadiahkan diari untuk sebab time tu aku jadi librarian.
Dia harap aku gunakan diari tu sebaiknya.
tenkiu adik~

Aku harap, post aku ni ikut kehendak challenge tu . =)

p/s: Foto diary aku tak cantik, jadi aku amik foto orang len.

13 November 2011

Day 3 - My Idea About Perfect First Date

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku memang slow sikit tentang date-date ni.
Sebenarnya, aku lebih prefer date lepas kahwin.
Mungkin ada yang cakap,
"Macam mana nak kahwin kalau tak kenal hati budi masing-masing?"



(Gambar Hiasan): Kahwin dulu jah, pastu buat la apa ko nak buat, orang tak marah. hikhik~

Aku pun berfikir sejenak,
erm... <--- tengah fikir.. haha

tak semestinya kita kenal hati budi orang tu dengan dating kan?
Banyak cara kita boleh kenal si dia.
Antaranya:
1-Observe perangai kawan baik dia.
2-Kita boleh observe kehidupan seharian dia.

cukup! Post ni bukan sesi motivasi. hehehe

Disebabkan date aku ni lepas kahwin,
aku rasa mungkin ada malu-malu la sikit nak sembang dengan dia.

so, ini idea aku:

Date tak semestinya 'candle light dinner'.
Aku tak payah pakai kemeja suit/tuxedo
dan si dia tak perlu pakai baju mahal-mahal.
kasual sudah.

Kalau nak hilangkan rasa sunyi ketika date (mungkin sebab malu)
baik buat date sambil buat aktiviti,
pergi jalan-jalan kat pulau,
buat scuba diving.
malam tu boleh bbq sama-sama ngan si dia.
mungkin masa tu lebih sesuai nak cakap ngan si dia.


(Gambar Hiasan): Berenang kat tepi pantai. Ok jugak!

Kadang-kadang, lelaki ni suka ikut kehendak hati dia.
mungkin si dia tak suka buat aktiviti lasak.
apa salahnya kalau ikut cadangan si dia.

Kalau nak yang 'save budget'.
date boleh buat kat rumah je.
contoh,
masak dinner sama-sama.
cari menu yang belum pernah dibuat kat rumah.
mungkin masakan tu tak sedap(sebab first time masak)
tapi kebahagiaan memasak bersama-sama si dia tu yang menyedapkan makanan.


(Gambar Hiasan): I lap u!!

Konklusinya, aku lebih suka first date lepas kahwin bagi mengelakkan fitnah
dan tak menghampiri zina. =)

12 November 2011

Day 2 - My Favourite movie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku jenis yang memang minat tengok movie-movie ni.
Lebih-lebih lagi kalau cerita bergenre romantic comedy macam
1- Just Let It Go
2- The Proposal
3- (500) Days of Summer
4- Yes Man

dan banyak lagi.
Takkan la aku nak senaraikan semua citer-citer ni.
Tetapi yang 'all-time favourite' dalam hatiku ialah
jeng! jeng! jeng!




Dengan tagline "You Never Forget Your First Love", citer Flipped ni mengisahkan
Juli Baker yang mengharapkan Bryce Loski menjadi cinta pertamanya.
Citer ni mempunyai plot yang menarik dengan menggunakan '2 point of view'
iaitu bagaimana dari sudut pemikiran Juli Baker dan Bryce Loski mengenai satu-satu situasi.
Bila Juli Baker tau cintanya tak terbalas, dia mula 'dingin' terhadap Bryce Loski dan si Bryce ni pulak rasa bersalah dan kat sinilah istilah 'Flipped' tu wujud! Bryce Loski mula merasakan Juli Baker adalah cinta sebenarnya. Dah, cukup! Blog ni bukan IMDB.com.. haha


Bryce dan Juli time kecik-kecik dulu



Kenapa aku minat citer ni?
Kadang-kadang aku atau mungkin anda yang membaca blog ni
pernah mengalami situasi yang menyebabkan
korang ingin tahu apa sebenarnya perasaan seseorang tu kat kita...

adakah dia rapat dengan kita sebab
dia cinta kat kita?
atau dia anggap kita sebagai kawan?
atau demi kepentingan mereka?


Juli tengah hidu rambut Bryce. Alasan - Bau rambut Bryce macam bau 'watermelon'!? ahaks!

Adakah dia buat baik kat kita
seikhlas hati?
atau kat belakang kita dia buruk-burukkan kita??

Ok tu je kot. Second challenge accomplish!!

11 November 2011

Day 1 - My Favourite Song

Salam.
Actually I like many songs,
it's so hard to choose though.
so, I found a way! hehe
I just open my Nokia X-3 music playlist,
then I just type any key and play the song.

Lagu apa yang kuar??

Destiny - Lee Sung Wook
This song actually the original soundtrack Witch Yu Hee.
Lucky me... hehe

The best part of this song when the singer
use his high voice to say "You're My Destiny!!"

10 November 2011

Challenge Accepted!!!

Salam
Tadi aku dapat cabaran daripada Ama untuk '30 Days Blogging Challenge'.
Mira terlibat jugak dalam cabaran ni.
total up 3 orang la.
Aku sebenarnya tak berapa jelas tentang peraturan dia,
tapi tengok dari senarai cabaran tu macam best je..
kat bawah ni la list yang aku kena lengkapkan setiap hari

Apa-apa pun, diharapkan challenge ini akan memeriahkan blog aku
so, enjoy =)

Very2 Nekad!!

salam...
Aku dah nekad,
aku nak ngorat awek dari Russia.
(gambar hiasan)

tapi kalau awek melayu yang study kat Russia...
erm...
boleh la~ haha


08 November 2011

Under Construction...

Salam,

Atas permintaan MYRA LYNETTE, jadi saya update la blog ni… hahaha. Ok fullstop!