Aku memang slow sikit tentang date-date ni.
Sebenarnya, aku lebih prefer date lepas kahwin.
Mungkin ada yang cakap,
"Macam mana nak kahwin kalau tak kenal hati budi masing-masing?"

(Gambar Hiasan): Kahwin dulu jah, pastu buat la apa ko nak buat, orang tak marah. hikhik~
Aku pun berfikir sejenak,
erm... <--- tengah fikir.. haha
tak semestinya kita kenal hati budi orang tu dengan dating kan?
Banyak cara kita boleh kenal si dia.
Antaranya:
1-Observe perangai kawan baik dia.
2-Kita boleh observe kehidupan seharian dia.
cukup! Post ni bukan sesi motivasi. hehehe
Disebabkan date aku ni lepas kahwin,
aku rasa mungkin ada malu-malu la sikit nak sembang dengan dia.
so, ini idea aku:
Date tak semestinya 'candle light dinner'.
Aku tak payah pakai kemeja suit/tuxedo
dan si dia tak perlu pakai baju mahal-mahal.
kasual sudah.
Kalau nak hilangkan rasa sunyi ketika date (mungkin sebab malu)
baik buat date sambil buat aktiviti,
pergi jalan-jalan kat pulau,
buat scuba diving.
malam tu boleh bbq sama-sama ngan si dia.
mungkin masa tu lebih sesuai nak cakap ngan si dia.
(Gambar Hiasan): Berenang kat tepi pantai. Ok jugak!
Kadang-kadang, lelaki ni suka ikut kehendak hati dia.
mungkin si dia tak suka buat aktiviti lasak.
apa salahnya kalau ikut cadangan si dia.
Kalau nak yang 'save budget'.
date boleh buat kat rumah je.
contoh,
masak dinner sama-sama.
cari menu yang belum pernah dibuat kat rumah.
mungkin masakan tu tak sedap(sebab first time masak)
tapi kebahagiaan memasak bersama-sama si dia tu yang menyedapkan makanan.

(Gambar Hiasan): I lap u!!
Konklusinya, aku lebih suka first date lepas kahwin bagi mengelakkan fitnah
dan tak menghampiri zina. =)

No comments:
Post a Comment