Aku jenis yang memang minat tengok movie-movie ni.
Lebih-lebih lagi kalau cerita bergenre romantic comedy macam
1- Just Let It Go
2- The Proposal
3- (500) Days of Summer
4- Yes Man
dan banyak lagi.
Takkan la aku nak senaraikan semua citer-citer ni.
Tetapi yang 'all-time favourite' dalam hatiku ialah
jeng! jeng! jeng!

Dengan tagline "You Never Forget Your First Love", citer Flipped ni mengisahkan
Juli Baker yang mengharapkan Bryce Loski menjadi cinta pertamanya.
Citer ni mempunyai plot yang menarik dengan menggunakan '2 point of view'
iaitu bagaimana dari sudut pemikiran Juli Baker dan Bryce Loski mengenai satu-satu situasi.
Bila Juli Baker tau cintanya tak terbalas, dia mula 'dingin' terhadap Bryce Loski dan si Bryce ni pulak rasa bersalah dan kat sinilah istilah 'Flipped' tu wujud! Bryce Loski mula merasakan Juli Baker adalah cinta sebenarnya. Dah, cukup! Blog ni bukan IMDB.com.. haha
Bryce dan Juli time kecik-kecik dulu
Kenapa aku minat citer ni?
Kadang-kadang aku atau mungkin anda yang membaca blog ni
pernah mengalami situasi yang menyebabkan
korang ingin tahu apa sebenarnya perasaan seseorang tu kat kita...
adakah dia rapat dengan kita sebab
dia cinta kat kita?
atau dia anggap kita sebagai kawan?
atau demi kepentingan mereka?

Juli tengah hidu rambut Bryce. Alasan - Bau rambut Bryce macam bau 'watermelon'!? ahaks!
Adakah dia buat baik kat kita
seikhlas hati?
atau kat belakang kita dia buruk-burukkan kita??
Ok tu je kot. Second challenge accomplish!!

No comments:
Post a Comment